Friday, June 30, 2017

Kanser- Pengalamanku (1)

Aku ingat lagi masa tu hari sabtu, aku, fiqah & husband pergi menonton mini concert Littke Caliph di Alor Setar. Masa nak pergi solat asar, tiba2 tak boleh solat pulak. Rasanya masa tu baru lepas period 2 minggu lepas jer...tapi takde laa risau apa2. Rupa-rupanya itulah permulaannya.

Dari hari ke hari, tiada tanda-tanda darah itu nak berhenti...bahkan makin lama semakin banyak pulak yang keluar. Aku ingat lagi masa tu aku dalam mesyuarat penyelarasan kertas spm... dah laa jauh aku drive, takde bekalan baju...yang ada bekalan pad... hari itulah buat kali pertama 'dia' keluar sangat banyak...bersaiz besar2 sebesar tapak tanganku... Dalam tandas masa tu macam aku keguguran dah...banyak sangat... Syukurlah hari tu pakai jubah hitam...takde laa nampak kesannya. Duduk kat kerusi pun kena alas kertas banyak2..

Selepas hari tu, semakin kerap pula ia berlaku (keluar banyak dan berketul besar). Bila ke klinik, doktor bagi pil Transamin, fungsinya utk hentikan pendarahan...tapi takde effect pun bila makan. So bila kali ke 2 jumpa doktor yang sama, dia terus buat surat dan minta ke bahagian kecemasan Hospital Tuanku Fauziah,

Sampainya di sana, bleeding tak stop lagi...sampaikan masa minta urine, botol tu penuh dengan darah shj... Tekanan darah pun naik, hb drop ke 10. Kalau ikutkan doktor mahu tahan wad tapi terpaksa merayu sebab skrip pelajar masih ada  dan esok hari penyerahannya. So, doktor minta ke Klinik O & G HTF secepat mungkin.

Esoknya, bermula laa rutinku sebagai pesakit Klinik O&G...

No comments: