Thursday, July 6, 2017

Temujanji Pertama di O&G HTF

Kali pertama ke Klinik O&G, seperti biasa doktor akan tanya history tentang menstrual kita...start bila...regular ke tak & macam2 lagi. Nasib baik laa memang dari zaman sekolah dah terbiasa & jadi rutin menanda di kalendar bila waktu datang haid...so alhamdulillah semua data2 tu memang dalam simpanan.

Doktor scan dan nampak dinding rahim memang sangat tebal...2.4cm. Kalau normal sepatutnya dalam 5mm jer katanya. Doktor juga ada kesan cyst di ovari kanan sebesar 2cm tapi katanya tak mengganggu apa2.

Selepas scan, doktor ambil sampel dinding rahim macam buat pap smear tu...
Tu jer rawatan utk temujanji pertama. Next appointment, nak dapat keputusan sampel tu nanti.

Friday, June 30, 2017

Kanser- Pengalamanku (1)

Aku ingat lagi masa tu hari sabtu, aku, fiqah & husband pergi menonton mini concert Littke Caliph di Alor Setar. Masa nak pergi solat asar, tiba2 tak boleh solat pulak. Rasanya masa tu baru lepas period 2 minggu lepas jer...tapi takde laa risau apa2. Rupa-rupanya itulah permulaannya.

Dari hari ke hari, tiada tanda-tanda darah itu nak berhenti...bahkan makin lama semakin banyak pulak yang keluar. Aku ingat lagi masa tu aku dalam mesyuarat penyelarasan kertas spm... dah laa jauh aku drive, takde bekalan baju...yang ada bekalan pad... hari itulah buat kali pertama 'dia' keluar sangat banyak...bersaiz besar2 sebesar tapak tanganku... Dalam tandas masa tu macam aku keguguran dah...banyak sangat... Syukurlah hari tu pakai jubah hitam...takde laa nampak kesannya. Duduk kat kerusi pun kena alas kertas banyak2..

Selepas hari tu, semakin kerap pula ia berlaku (keluar banyak dan berketul besar). Bila ke klinik, doktor bagi pil Transamin, fungsinya utk hentikan pendarahan...tapi takde effect pun bila makan. So bila kali ke 2 jumpa doktor yang sama, dia terus buat surat dan minta ke bahagian kecemasan Hospital Tuanku Fauziah,

Sampainya di sana, bleeding tak stop lagi...sampaikan masa minta urine, botol tu penuh dengan darah shj... Tekanan darah pun naik, hb drop ke 10. Kalau ikutkan doktor mahu tahan wad tapi terpaksa merayu sebab skrip pelajar masih ada  dan esok hari penyerahannya. So, doktor minta ke Klinik O & G HTF secepat mungkin.

Esoknya, bermula laa rutinku sebagai pesakit Klinik O&G...

Monday, June 26, 2017

KANSER : Pengalamanku

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya

Tahun ni aku beraya macam tak raya, ...ye lah baru 6 hari lepas dibedah.
RahsiaNya tiadda siapa yang tahu... manalah aku pernah terfikir yang tahun ini aku beraya sebagai pesakit kanser. Memang tak terjangkal dek akal yang normal ni...

Memang berniat nak tulis pengalaman aku ni. Moga dapat digunakan oleh orang lain sekiranya memerlukannya....sepertimana aku mencari maklumat selepas jer tau kena kanser, tau nak kena operate....

Nanti ye

Thursday, July 18, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....selamat berpuasa... I'm back!!!!!

Hurmmmmm......
Hurmmmmmm....

Ya Allah, apasal laa pulak susah nak mula ni ek?!..Sebab dah lama tak berblog kot?!...
Banyak sangat3 cerita2  dalam minda ni yang berlumba2 nak keluar....pasal kerja la, pasal life sekarang, pasal anak...pasal Herbalife!!!
 Mana satu nak mula pun dah buat aku pening kepala....

Nanti laa ek...Susah nak menaip sambil mengelak2 budak tecit kat rumah ni dari rampas tab. Nanti aku sambung lagi...insyaAllah...

Tuesday, January 10, 2012

Aku & LHDN



Salam sejahtera semua. Soalan pertama aku...dah bayar cukai?...mestilah dah...kan?! Aku pun dah bayar dah tapi kisah aku dengan LHDN untuk taksiran tahun 2010 tak habis rupanya...huhu, dah bayar pun masih dihantui...diburu...[takut...kan?!]

Eh, apa lak aku mengarut ni ek?! Ok laa, aku mulakan cerita cepat2 sebelum aku mengarut dengan lebih ganas lagi... Cerita dia bermula pada minggu lepas...Kak Marini datang ke tempat aku sambil membawa sepucuk surat yang sangat lusuh, mungkin sebab kena hujan kot?! Dia pun curious nak tau surat apa sebab nampak rasmi & macam dah koyak rabak...hehe. So bila aku buka, rupanya dari LHDN...alamat dari LHDN cawangan Johor. Dia hantar 'Notis Taksiran Tahun 2010'. Aku pelik gak...tak pernah2 dapat surat tu...siap ada tulis cukai kena bayar [of course laa lebih banyak dari yang aku taksirkan sendiri melalui e-filing]...siap ada penalti lagi! Eh, peliknya aku rasa...hampir separuh bilik guru aku tayang surat tu & tanya kot2 sapa2 pernah dapat...haha, aku jer dapat sorang2...LHDN minat aku kot?!...haha

So, mula2 rasa semangat nak telefon LHDN sendiri utk tanya...kengkononnya nak kata LHDN silap laa hantar surat kat aku..ye laa, apakejadahnya dia bagi surat padahal sebelum April 2011 aku dah isi e-filing dah...dan 27 Disember aritu aku dah bayar online thru m2u...so, memang laa apakejadahnya...kan?!

Dan tadi aku pun telefon laa...baik jer staff yang layan tu. Aku pun menerangkan scara panjang lebar...macamana aku dapat surat ni...aku cerita yang aku dah isi e-filing sebelum tarikh berakhir [hujung April]...siap aku tolong kawan2 isi lagi tau!...aku jugak cakap yang aku dah bayar pada 27 Disember 2011 aritu. Bila dia tengok kat sistem, betul laa aku dah bayar...tapi kat sistem tu tulis yang aku baru isi e-filing tu pada 27 Disember...which mean yang aku memang dah lewat mentaksirkan pendapatan aku... haish...wadehel pulak aku baru isi???!!! Aku cakap, 27hb tu aku buka kat sistem untuk tengok jumlah yang aku perlu bayar sebab aku lupa kat mana aku letak form lengkap yang aku dah print...dia terima laa kenyataan aku tu, tapi dia leh cakap yang memang selalu juga orang bagi alasan macam tu...[cheh...menolak alasan aku secara hormat laa tu...huhu]. So kalau ikut cakap dia, aku kena laa membayar penalti sebanyak RM111.95 lagi... Aku cakap gak...kalau aku jumpa borang yang aku fotostat tu, leh tak aku buat rayuan takmo bayar penalti...dia kata, cuba laa hantar...tapi selalunya ditolak...adoyyy!!! Sebelum berakhir perbualan kami, sempat dia tanya..."1st time isi e-filing ke?"...aku jawab.."eh, tak laa...dah 4 tahun dah...sebelum ni clear jer, yang ni pulak ada prob"...pastu dia sempat lagi nasihat aku..."lain kali kena berhati2 masa isi e-filing ni...ramai juga bermasalah.."..[nak cakap aku pelanggan yang bermasalah jugak laa tu...]

Dan malam ni aku gigih mencari borang yang aku print aritu. Bila dah jumpa...aku boleh tepuk dahi jer laa...memang silapnya dari akupun. Kat borang yang aku print tu dia tulis 'draf' jer...maksudnya aku beriya2 isi tapi tak klik hantar...tarikh print pun takde kalau nak jadi bukti aku dah isi lama dah...cessssss...nampaknya melayanglah RM 111.95 dari akaun aku lagi. Terima kasih laa LHDN...lain kali saya akan ingat dan berhati2 semasa mengisi e-filing nanti...(T_T)

Monday, January 9, 2012

Aku Hanyut dalam Ombak Rindu...



Aduyai...apa laan ak jadi dengan aku ni ek?! Aku suka sangat lagu ni...(/_\) macamana ntah boleh tersuka...tetiba jer. Aritu aku sibuk laa mencari lagu 'Sayang-sayang' nyanyian Huda, kumpulan nasyid yang ada isteri Salih Yaakob tu sebab dah janji dengan baby Rai nak nyanyikan untuk dia.. dah abis download lagu tu, mula laa terfikir nak cari lagu apa lagi...& ini laa hasilnya...hehe

Tak tau laa...sangat menyentuh perasaan bila tiba part "Tuhan aku tahu banyak dosaku...hanya ingat Kamu kala dukaku..." malu wei bila sampai part tu...terkesima seketika... Betul...huhu, aku lebih dekat denganNya bila aku duka nestapa...susah hati... bila senang lenang, tak sama pun ingatan tu padaNya... malu sesangat!!! Memang bait2 ayat tu jer terlintas kat kepala aku...asyik nak nyanyi jer...

Ya Allah...tetapkanlah imanku...jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa dekat denganMu setiap masa Ya Allah...sepertimana aku mahu Kau sentiasa dekat denganku...Amin

p/s: tak tengok pun cerita dia sebab tak nak kecewa dengan jalan cerita yang 'kurang' dari novel...[cerita kawan2 yang dah tengok laa...]

Friday, January 6, 2012

Dan kesibukan pun bermula...

Mulai minggu ni aku makin sibuk dah...tak boleh bersenang lenang sangat dah... Rasa janggal laa nak masuk miting sekarang ni, rasa macam dah tak biasa dah...huhu. Ye laa, dua tahun aku mengajar di negeri ni, boleh dikira dengan jari tangan jer berapa kali aku terlibat dengan miting2 sekolah. Ye laa, 1st year aku di sekolah lain, 2nd year pulak di sekolah lain...so sebagai guru baru, jarang pihak sekolah nak libatkan cikgu2 baru ni dengan jawatan2 di Majlis Kuri ke...Kokum ke...HEM ke...so relax banyak ler aku. Rasa macam dapat cuti rehat 2 tahun...hehe. Tapi nampaknya tahun ni tidak lagi...cuti rehatku sudah tamat...huhu. Tahun ni aku terlibat dengan 2 majlis...HEM & Kokum...& mitingnya akan bermula pada minggu hadapan...2 ari laa jawabnya...

Habis miting Majlis, nak kena miting Jabatan pulak...miting sesaja laa sebelum dapat menikmati cuti Tahun baru Cina nanti... Eh, ni bukan sesi bersungut tau...cuma saja nak meluahkan rasa berdebar sebab dah lama tak terlibat dengan miting2 ni. Dulu masa kat STMAA tiap2 minggu ada perjumpaan guru [kat sana dipanggil Contact Time]...jangan berangan laa terlepas barang seminggu...mimpi laa... Hampir setiap hari balik lambat...dah laa sekolah jauh, datang sekolah pepagi buta sebab nak rebut parking...bila miting, sampai rumah jer dah nak kul 6. Tapi happy jer sebab member2 best jer...sekepala...so takde laa rasa terbeban sangat. Wah, sesi mengenang kembali pulak dah...hehe

Takpe laa...kalau nak gaji banyak, jangan laa susah hati dengan kerja yang banyak...kan?! So, aku berazam untuk buat yang terbaik... Yakin boleh Abib!!! Doakan saya agar sentiasa bersyukur...