Thursday, July 6, 2017

Temujanji Pertama di O&G HTF

Kali pertama ke Klinik O&G, seperti biasa doktor akan tanya history tentang menstrual kita...start bila...regular ke tak & macam2 lagi. Nasib baik laa memang dari zaman sekolah dah terbiasa & jadi rutin menanda di kalendar bila waktu datang haid...so alhamdulillah semua data2 tu memang dalam simpanan.

Doktor scan dan nampak dinding rahim memang sangat tebal...2.4cm. Kalau normal sepatutnya dalam 5mm jer katanya. Doktor juga ada kesan cyst di ovari kanan sebesar 2cm tapi katanya tak mengganggu apa2.

Selepas scan, doktor ambil sampel dinding rahim macam buat pap smear tu...
Tu jer rawatan utk temujanji pertama. Next appointment, nak dapat keputusan sampel tu nanti.

Friday, June 30, 2017

Kanser- Pengalamanku (1)

Aku ingat lagi masa tu hari sabtu, aku, fiqah & husband pergi menonton mini concert Littke Caliph di Alor Setar. Masa nak pergi solat asar, tiba2 tak boleh solat pulak. Rasanya masa tu baru lepas period 2 minggu lepas jer...tapi takde laa risau apa2. Rupa-rupanya itulah permulaannya.

Dari hari ke hari, tiada tanda-tanda darah itu nak berhenti...bahkan makin lama semakin banyak pulak yang keluar. Aku ingat lagi masa tu aku dalam mesyuarat penyelarasan kertas spm... dah laa jauh aku drive, takde bekalan baju...yang ada bekalan pad... hari itulah buat kali pertama 'dia' keluar sangat banyak...bersaiz besar2 sebesar tapak tanganku... Dalam tandas masa tu macam aku keguguran dah...banyak sangat... Syukurlah hari tu pakai jubah hitam...takde laa nampak kesannya. Duduk kat kerusi pun kena alas kertas banyak2..

Selepas hari tu, semakin kerap pula ia berlaku (keluar banyak dan berketul besar). Bila ke klinik, doktor bagi pil Transamin, fungsinya utk hentikan pendarahan...tapi takde effect pun bila makan. So bila kali ke 2 jumpa doktor yang sama, dia terus buat surat dan minta ke bahagian kecemasan Hospital Tuanku Fauziah,

Sampainya di sana, bleeding tak stop lagi...sampaikan masa minta urine, botol tu penuh dengan darah shj... Tekanan darah pun naik, hb drop ke 10. Kalau ikutkan doktor mahu tahan wad tapi terpaksa merayu sebab skrip pelajar masih ada  dan esok hari penyerahannya. So, doktor minta ke Klinik O & G HTF secepat mungkin.

Esoknya, bermula laa rutinku sebagai pesakit Klinik O&G...

Monday, June 26, 2017

KANSER : Pengalamanku

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya

Tahun ni aku beraya macam tak raya, ...ye lah baru 6 hari lepas dibedah.
RahsiaNya tiadda siapa yang tahu... manalah aku pernah terfikir yang tahun ini aku beraya sebagai pesakit kanser. Memang tak terjangkal dek akal yang normal ni...

Memang berniat nak tulis pengalaman aku ni. Moga dapat digunakan oleh orang lain sekiranya memerlukannya....sepertimana aku mencari maklumat selepas jer tau kena kanser, tau nak kena operate....

Nanti ye