Thursday, December 30, 2010

Cuti Umum Yang Menyedihkan...(T_T)

Korang tau kan yang esok kita dapat cuti umum...mesti korang gumbira kan?! Ye laa...dapat cuti hari Jumaat atau Isnin memanglah satu bonus sebab tetiba jer cuti wiken jadi panjang...hehe.

Aku pun, memula tu memang gumbira juga [walaupun sekarang ni aku memang tengah bercuti sekolah] tapi harapan untuk bercuti panjang bersama hubby menjadi punah ranah apabila PK1 mengumumkan yang hari Sabtu nanti semua guru kena ke sekolah...utk menguruskan pendaftaran pelajar tahun 2011 nanti & menyediakan kelas utk P&P Isnin ni. So, memanglah sedih dapat cuti hari Jumaat tapi kena kerja hari Sabtu...huhuhu....

Tuesday, December 28, 2010

Hahahahahahaha.......

Hahahaha...sebenarnya aku nak menggelakkan diri aku sendiri. Arini mati2 aku ingat miting kat sek baru tu...confident giler aku!!! Pagi2 buta lagi aku dah bangun...eh, sebenarnya persiapan aku bukan bermula pagi2 bute tu tau!...dari malam tadi aku dah bersiap2 dengan baju yg dah di'iron'.... debaran dia jangan cakaplah...dari malam tu jugak aku dah rasa tak sedap perut...sekejap kembang, sekejap kecut...mengalahkan pengantin lelaki yang nak mengayun tangan tok kadi! Giler...kan?! Macam laa tak pernah g miting kat sekolah baru!!...Dah masuk 7 kali dah cik abib ooi!!!

Pastu, masa nak masuk kat kete, jam dah menunjukkan ke angka 7.41 pagi. Mak aiii, macam dah lambat jer ni...cikgu baru mana boleh lambat! Aritu pengetua kata miting start jam 8 pagi. Rekod mesti bersih beb...;) So, aku dah tak kira dah...aku pecut sampai dah tak boleh tekan lagi dah pedal minyak tu...lampu merah pun aku bantai langgar...[itupun setelah aku - + / & x speed kete aku dgn speed kete yg baru terhegeh2 nak jalan...so, keselamatan tetap diutamakan ye...].

So, tepat jam 7.47 pagi, aku dah tiba kat pagar sekolah....masa tu dah rasa lain macam dah. Ye laa...miting jam 8, takkan sekor pun kete tak de parking lagi! Nak patah balik, aku takut lak miting tu jam 8.30 ke...9.00 ke...so aku pun duk laa melepak dlm kete. Bila ada cg sorang tu datang, barulah aku dapat tau yg miting ari Khamis nanti... Chetttt!!!! Ruginya aku satu pagi ni...

Moral of the story: Lenkali kalau ada sek sebelah pagar rumah, mntk jer posting situ...nanti kalau ada miting ke or takde leh jer tinjau2 dari tingkap rumah..(>.<)

Jalan2 Cuci Mata @ Phuket..(^_^)

Sebenarnya aku memang tengah bersemangat berkobar2 nak cerita pasal tour aku ke Phuket ni...dari semalam lagi dah bercadang2 nak tulis...tapi bila teringat yang gambar2 tak boleh dimuat turun, ada sedikit rasa kiciwa...huhuhu. Bila ntah hubby nak beli lappy baru tak tau laa... :(

Best woo kat phuket tu....pemandangan sangatlah indah...SUBHANALLAH... takde langsung kesan tsunami dah melanda kat situ...cepat sungguh diaorang pulihkan kawasan tu...kagum sungguh aku dengan kesungguhan diaorang!

Perjalanan dimulakan dengan mengecop pasport kat imigresen Msia-Thailand... pastu bila van sampai, kami pun menyerbu...hehe. Wah, teruja sungguh melihat jalanraya di Thailand ni...lurus sahaja...dah pulak tu, jalan dia sangatlah cantik & rata...kalau nak compare dengan kat Msia ni, aku bagi skala 9 kat sana & 4 kat sini...jalan punyalah cantik...plaza tol satu pun takde!!!...tapi, minyak dia mahal giler laa...lbh RM3.00 seliter. Tapi ok laa kan, kat sini minyak jer murah sikit dari kat sana...tapi dgn tol lagi, kos tukar tayar & asyik kena buat allignment...aku rasa kat sana lbh menguntungkan. Haa, lagi satu...pemandu kat sana sangatlah bertimbang rasa....bila ada yang nak memotong jer, diaorang terus ke tepi...nak buat u turn kat mana2 pun takde masalah...tak macam kat sini langsung!!![yg lebih tepat, tak macam perangai aku langsung!!...hahaha]

Stesen pertama kitorang ialah di Phattalung [kalau tak silap aku eja laa...]....kat sebuah kedai kek...nama dia "Khanitta"...kat area ni masih ramai orang Islam lagi. Kat sini disediakan surau sekali...cuma kat restoran dia ada segmen makanan halal & tak. Jangan silap pergi sudah!!!

Pastu kitorang lalu Trang, Krabi & barulah sampai Phuket setelah 12 jam perjalanan...huhu, letih...kan?! Ist night tu kitorang menginap di Phuket Town Inn, kat area bandar Phuket. kat sini, malam2 takde apa pun...bnyk kedai dah tutup. So, lepas mandi & bersolat, aku & hubby keluar semula...kitorang pergi Patong. Haa...kat sini, perangai orang2 dia mcm bukan hari dah malam! Lagi malam, lagilah rancak...hehe.



Memang happening laa kat sini...sapa yang tak cukup iman tu, mmg boleh hanyut kat sini. Anak2 muda tidak digalakkan bercuti tanpa pengawasan ahli keluarga ye...hehe. Kat sepanjang Bang La Road tu laa pusat segala maksiat dia...aku rasa laa... Sepanjang jalan tu dipenuhi dengan bar2...& kat atas2 meja bar2 tu ada anak2 ikan menari2 tak hengat dunia!...Member2 kata tu akuarium...hahaha. Lagi orang tengok, lagi laa meliuk lentuk...eeeei!!! Nyah2 pun ramai....lawa2 plak tu...hehe.

Tapi bukanlah itu jer yang ada...ada gak shopping complex. Aku & hubby berjalan sampailah ke hujung [tepi pantai]...belek2 barang yang di jual....tapi tak beli laa sbb dah diberitahu yang brg2 kat Patong ni mahal giler....so, cuci mata jer. Jam 2 pagi baru kami balik...

Esoknya, lepas check out hotel tu, kitorang pergi melawat Kilang Mutiara [jgn beli kat sini gak...mahal!], Kilang Gajus, Kilang Batu Permata & Kilang T Shirt. Kat Kilang Gajus tu, kalau sapa2 pergi nanti...tolong laa tgk2 makanan2 yang diberi sample...tgk2 jugak anak2...jangan biarkan diaorang merasa semua sample2 yang disediakan...sebab ada di antara makanan yang dijual tu tidak halal. Dia ada letak label "PORK" kat atas rak tu tapi budak2 bukannya tengok...kan?! Adisss...kembang tekak bila ingatkan. Ada gambar...tapi lum boleh upload lagi...huhu. Kat kilang t shirt tu, katanya lebih murah laa daripada tmpt lain...ye laa, kata kilang...kan?! So kat situ jer laa aku borong souvenir utk anak2 sedara lelaki aku. Tunggu ye...;)

Pastu, petang lak lepas kitorang check in kat satu hotel tu..[apa ntah nama dia.."Bangkok Hotel ke hape ntah..], kitorang pergi Phromtep Viewpoint...tempat tengok matahari terbenam. Kreatif...kan?! Ni mesti Kementerian Pelancongan dia deal dgn ejen2 pelancongan...wajib bawak pelancong ke situ. Actually kat Malaysia pun bnyk tmpt mcm ni, cuma kementerian tak pandai nak memanipulasikannya. Bukannya buat apa pun...duk berposing2...tgk matahari terbenam... beli souvenir kat kawasan bawah tu...pastu bila dah gelap, balik...hehe.

Lepas makan malam, kitorang buat aktiviti bebas...bershopping kat Robinson!!! Pastu, pusing2 kejap kat BangLa Road & jalan kaki balik hotel.

Esoknya pulak, on the way nak bertolak balik, kitorang singgah Phang Nga untuk pergi ke Pulau James Bond & Pulau Panji... Haaa, kat Pulau Panji ni laa tempat bershopping utk kaum wanita...hehe. Pulau Panji ni ada perkampungan atas air...kat bhg depan2 dia ada restoran makanan laut...ada jugak kedai2 jualan, tapi jangan beli kat kawasan depan2 tu!!!...Terus jer kat belakang & kat situ lah barang yang dijual kat Phuket 2000 bath leh dapat 400 bath jer. Murah giler kan?!...Kat sini barulah aku beli souvenir utk anak2 dara & mak2 dara aku...hehe. Then, lps makan, kitorang bertolak pulang...


Pulau bentuk macam paku...kat area James Bond Island

Bestlah pergi sana...next time, rasa nak masuk bawak kereta sendiri ke Hatyai...dekat jer dari Bukit Kayu Hitam tu... Wahhh!!!

Thursday, December 23, 2010

Holaaa~

Assalamualaikum...(^_^)

Lamanya aku ambik cuti rehat rupanya....ingatkan nak post lagi 1 jer untuk mencukupkan 10 bagi tahun 2010 ni...tapi mlm ni terlebih rajin pulak...so layan jer laa~

Banyak tau yang berlaku selama aku 'mengeram' tahun ni...nantilah aku cerita ye... kali ni nak cerita sikit jer...laptopku tak boleh men'detect' apa2 pun anasir luar yang ku sambungkan ke usb portnya...so, untuk beberapa ketika tak dapatlah aku bercerita sambil menayang gambar [kecuali kalau aku rajin meng'google' gambar2 yang ada]...

Pastu aku nak gtau, aku dapat pindah 'LAGIII???!!!' Haish, baru jer cerita kisah2 pindah ni hujung thn lepas...kan?! Tapi nak buat macamana...dah rezeki aku dapat sek yang lebih dekat... dan aku percaya pertukaran aku ni atas sebab 'keperluan perkhidmatan'...tiada kaitan dengan kabel2 yang timbul waktu banjir dahulu ye...;)

& lagi satu, aku nak gtau...aku nak g Phuket esok [24~26 Dis]. Rasa mcm best gak...tapi bila diingat2kan 26Dis tu ulangtahun tsunami...huhuhu, terkecut laa pulak perut aku sekejap. Doakan aku & suami ye...semoga kami selamat pergi-bercuti di sana-pulang ke rumah kembali...

Nanti kita sambung lagi ye...:))

Friday, July 2, 2010

~Hidup & Dugaan~

Sedih hati apabila orang yang kita sayang menghadapi dugaan dalam hidupnya...terasa seperti kita sama mengalaminya... Aku sangat berharap agar 'dia' tabah.....dan mengambil positif atas apa yang berlaku ini...

Ingatlah sayang..."Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu...dan dia akan beri yang terbaik untuk menggantikan apa yang telah kamu hilang sebelum ini"....

Syukur..kan?! perkara ini berlaku awal...sebab "perancangan Allah adalah yang terbaik sekali untuk kita"...walaupun pada awalnya kita rasa itu satu 'bala'...tapi yakinlah, Allah maha mengetahui akan sesuatu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah:216)
Uda sentiasa menyokong kamu~

Wednesday, June 23, 2010

Fadhilat Bulan Rejab

Harini 11 Rejab 1432H...sudah 11 hari kita masuk di dalam bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab ini, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya & kemurahan-Nya. Banyak fadhilat yang terdapat dalam bulan Rejab dan ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan pula jika bersedekah....seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

~Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

~Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

~Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

~Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

~Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

~Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

~Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

~Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

>Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.

>Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

>Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

>Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

>Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

#Israk dan Mikraj (27 Rejab)

~Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

~Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

~Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

~"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:
"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

[kredit to Ijah's blog]

Saturday, May 29, 2010

KEWAJIPAN MELUNASKAN HUTANG

Sebahagian orang menganggap berhutang itu adalah perkara biasa, ringan dan mudah sehingga mereka berani berhutang semaksima mungkin tanpa memikirkan dengan sungguh-sungguh mengapa perlu berhutang dan kesan daripadanya tidak mampu untuk membayar pada masa yang ditetapkan.

Dalam hal hutang ini, Rasulullah SAW sangat tidak menyukai orang Islam yang berhutang. Sebab hutang itu adalah merupakan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari. Justeru itu Rasulullah SAW selalu meminta perlindungan kepada Allah dari berhutang. Doa Baginda itu berbunyi yang maksudnya:

"Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada dilanda hutang dan kekuasaan orang lain." (Hadis riwayat Bukhari).

Apabila Rasulullah SAW ditanya mengapa Baginda banyak meminta perlindungaan daripada berhutang, Baginda menjawab Maksudnya: "Kerana kalau seseorang itu berhutang, apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia mungkir."

Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalaupun dia terpaksa berhutang, dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan. Bukanlah dengan sewenang-wenangnya berhutang. Apatah lagi jika berhutang dengan niat ingin menangguh-nangguhkannya. Akan lebih jahat lagi jika tidak membayar hutang berkenaan.

Rasulullah SAW ada menjelaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya : "Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakan dia." (Riwayat Imam Bukhari).

Menurut ajaran Islam, hutang itu wajib dibayar dengan segera. Orang yang berniat tidak akan membayar hutangnya adalah melakukan dosa besar. Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah dalam kitabnya Al-Zawajir menyebutkan bahawa dosa besar yang kedua ratus lima dan dua ratus enam ialah : "Orang yang berhutang dengan niat tidak akan membayarnya atau berhutang dengan tidak ada harapan untuk membayarnya sekira-kira dia tidak terpaksa sangat untuk berhutang dan tidak ada baginya suatu jalan nyata yang membolehkan dia membayar hutangnya dan orang yang memberi hutang pula tidak mengetahui hal orang berhutang itu."
Menurut kenyataan dalam sebuah hadis, orang yang enggan membayar hutang itu dianggap sebagai pencuri. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri." (Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Saghir dan Al-Awshat dengan sanat perawi-perawinya yang tsiqah menyatakan bahawa orang yang enggan membayar hutang telah menipu sehingga dia mengambil wang dan harta orang yang menghutanginya. Jika dia mati dalam keadaan dia tidak membayar hutangnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri.

Imam Ahmad, Al-Nasa’i dan Al-Hakim yang mensahihkan riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudriy RA yang maksudnya : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Aku berlindung dengan Allah daripada kekufuran dan hutang. Lalu berkata seorang lelaki : " Wahai Rasulullah! Adakah setanding hutang itu dengan kufur?" Sabda Rasulullah SAW : "Ya!"

Dari itu, selaku orang-orang yang beriman, jika kita berhutang hendaklah dijelaskan kepada orang yang memberi hutang supaya kita terhindar daripada segala kemurkaan Allah Subhanahu wataala dan balasan buruk kerana menanggung hutang sepertimana yang diterangkan di atas.

[kredit to Pejabat Mufti Brunei]

p/s: Kepada rakan2 , jika saya ada berhutang dan masih belum membayarnya, tolonglah datang dan beritahu saya agar saya dapat melunaskannya. Kalau ada [seingat saya tiada...tapi manalah tahu..kan?!], bukan saya sengaja...tapi saya benar2 terlupa... maafkan saya...:((

Tuesday, May 18, 2010

~Hari Jadi Nafiz Adly~

Nafiz ni anak sedara saya yg paling bongsu. Dia sangat suka otomen...sangat suka beli mainan. Kalau dgn orang lain mmg kena laa belikan mainan dia kalau bawa dia keluar...tapi kalau dengan mak udanya, dia selalu kalah juga...hehe. Dia dah faham dah...kalau ikut uda, boleh beli buku atau makanan sahaja!...mainan???...sorry!!! mmg dia xdpt laa... [tapi otak dia masih ligat utk dapatkan mainan juga...caranya: bila masa makan jer, dia msti nak chicky meal KFC...sbb disamping ada makanan, mainan juga dia boleh dapat!!!...bijakkan?!

Hari Jumaat lepas hari jadi yang ke 6 dia...so terlanjur dah ada di KL utk kursus tu, aku pun meluangkan masa untuk menyambutkan hari jadinya... Seronok dia dapat kek + hadiah buku...:)) Nafiz, jadi orang cemerlang sentiasa ye.... Uda doakan Nafiz berjaya dalam hidup...dunia akhirat...amin...



Happy Birthday Apizz~

Apizz paksa ma tlg potongkan...

Bila senyum jer, mata terus terpejam...hihi...

Aboy melayan karenah adiknya...:))


Peace!!!

Sibuk membaca buku: hadiah daripada uda & pak uda...

Sunday, May 9, 2010

Aktiviti Minggu Ini...

Kalau nak cerita aktiviti2 sepanjang minggu ni memang laa sangat tak best....ari Isnin, baru je sampai sekolah, saya telah diserang dengan sakit orang perempuan sampaikan saya dihantar ke klinik oleh kak Intan...Selasa pulak saya ber 'MC'...Rabu saya ke sekolah dengan kawalan ubat-ubatan...Khamis barulah saya bebas dari kesakitan itu...& Jumaat pula saya pergi ke temu janji MO di Arau. Tak best langsung...kan?! Tapi saya tetap bersyukur kerana apalah sangat sakit saya tu jika dibandingkan dengan nikmat berehat di rumah...nikmat diberi perhatian oleh xtunang saya [encik suami saya ye...jgn laa salah faham pulak, hehe..]...& nikmat menghargai waktu sihat saya... Serius ni!!! Saya sangat menghargai waktu2 sihat sekarang...keselesaan yang tidak boleh diganti dengan apapun harta di dunia ini...

Semalam saya ke Langkawi...hubby ajak sebab dia nak cari backpack...& saya pulak nak membeli kain batik untuk angah jadikan hadiah untuk kawan2 yang membantu dia waktu kenduri nanti... Kami bertolak dari rumah jam 7.00 pagi & naik bot jam 8.00 pagi. Tempat pertama yang kami tuju ialah Padang Matsirat...Kedai Bellisinni. Kedai tu selalu memberikan harga yang menarik untuk saya...mungkin sebab dah selalu membeli kain batik & membawa kawan2 membeli di situ...

Sasaran ke dua ialah Teow Soon Huat @ Langkawi Parade...di situ, hubby beli backpack dia... Mula2 saya pun nak juga menumpang beli beg saya, tapi malangnya [pada saya tp untung pada hubby] sbb tiada satu pun backpack yang saya berkenan...huhu.. Akhirnya saya tak membeli apa2 pun...[kesian...kan?!]

Lepas shopping, kami makan di Restoran Wan Thai...macam semua dah sedia maklum, makanan di situ semuanya sedap2 belaka...[sori ek, gmbr lum upload...ada rasa malas sikit]...so kalau sapa2 pergi langkawi & nak rasa masakan sebenar Thai, saya sangat mengesyorkan untuk makan di situ.

Untuk menghabiskan masa yang ada, kami bersantai2 di Taman Burung. Seronok sungguh berada di situ...melihat telatah2 burung2 serta haiwan2 lain. Di pintu masuk ada dijual makanan2 haiwan tetapi saya tak beli pun sebab ramai sangat dah beli...[logik tak alasan saya??...logik..kan?!]. Jadi, untuk memberi burung2 tu makan, saya ambil sahaja kuaci & raisins yang burung2 tu tak nak makan [mungkin sebab dah kenyang sangat kot?!] & bagi kepada haiwan2 lain. Dengan cara ini, tiada pembaziran berlaku...hehe.

Destinasi seterusnya ialah Langkawi Fair...tujuan utama adalah untuk mencari backpack saya pula + sandal baru...tetapi malangnya di situ pun tiada satu yang saya berkenan... so kami pun terus merehat2kan diri di McD sambil makan + minum. Lepas tu barulah kami ke HIG [Hj Ismail Group] untuk membeli stok coklat....

Kami pulang ke Perlis dengan menaiki bot jam 7.00 petang dan sampai di rumah pada jam 8.30 malam.

Harini pula, selepas solat subuh, kami terus keluar rumah untuk melakukan aktiviti riadah di padang matrik... Selepas letih bermain tenis...[bukan main sngt pun, penat mengutip bola jer...:((], kami pun pergi bersarapan di Beseri. Kami singgah di Tasik Melati...tak sangka pulak ada aktiviti/pameran sempena hari jadi sultan. Masa kami sampai tu, ada pertandingan akhir nyanyian lagu patriotik kot?! Kami layan jer laa~ Pameran2 yang ada...macam biasa laa, pameran gambar2 kemalangan oleh polis...dadah2 oleh ADK, 1Malaysia oleh Jabatan Penerangan dll.

Selepas agak bosan di situ, kami bergerak ke Kangar pulak untuk melihat2 gerai2 jualan di Karnival Jom Pi Perlis. Banyak juga gerai2 yang ada. Kami beli sorang sebuah buku....tu jer. Yang lain2, macam ada juga yang minat tapi nak tunggu malam akhir kot?! [strategi pengguna bijak...kui3x]. Aktiviti tengahari kami diakhiri dengan sesi makan tengahari di Anjung Keli....pastu terus balik sebab dah penat.

Masa balik tengahari tadi, sudah agak ramai juga ibu bapa yang sampai ke kolej matrik untuk menghantar anak2 mereka mendaftar esok. Saya telah diminta untuk ke sekolah pada jam 6.30 pagi esok kerana dijangkakan kawasan matrik akan jadi sesak sangat2 menjelang jam 7.00 pagi...tapi rasanya saya tetap mahu pergi seperti biasa...hehe. Kalau jem, saya pusing balik rumah saja...boleh???...:))

Friday, April 9, 2010

Aktiviti Hujung Minggu~

Skrg ni, bila hujung minggu jer...aku & hubby x betah nk duk melepak kat rumah... Msti ada xtvt yg akan kitorang buat... paaannjaaang senarai kitorang. Sabtu & ahad dh ada aktivitinya... hehehe...

Minggu lps, sbb dh lama kitorang x mengelilingi Perlis...so, itu laa xtvtnya... Bermula pagi Sabtu...kitorang merayau dari Kangaq smpilah ke Kola Perghelih utk cari tmpt bfast yg 'mariii'...tp hampa...xde pun yg mencapai piawai kitorang. Aku nak cari tmpt sarapan yg setaraf or bwh ckit2 drpd 'mee kicap' favorite aku tu...or 'mee sup pasar tani tepeng' yg slalu aku x miss klu balik tepeng....kat mana ek?! Dh msuk 5 bln aku di sini...tp lum jmpa lg tmpt sarapan feberet...:( Last2 kitorang berenti jer kat warung dkt2 IPK Polis Perlis tu...belasah jer apa yg ada sbb dh lapooo...

Selesai mengisi perut...kitorang menuju ke Beseri...hubby nk cari 'Harum Manis'...dia ada cntc sorang pakcik tu yg dia dpt cntc number dr mudah.my..[huhu...nk beli mangga pun tgk internet...cayalah bang!!!]...So, hubby pun beli laa mangga kebanggaan perlis tu 2kg lbh...[utk rasa2 jer dlu...]. Pastu dia pun terfikir lak nk pusing2 kat Pejabat Pertanian Batu Pahat utk melihat2 pokok Harum manis tu... Smpi jer kat sana, rupa2nya kat ctu ada pusat jualan mangga tu lg!!! Of course laa buah kat ctu lebih berkualiti...dijaga elok oleh jbtn ptanian sbb nk eksport ...harga pun lbh murah drpd yg djual kat luar2...so, aku yg x thn tgk buah2 mangga tu terus jer meng'order' juga... yg gred super lg!!! Kat ctu dah dihadkan sorang beli 3kg shj...tp oleh kerana hubby asyik bg isyarat yg kitorang dh beli dh td...so, utk mewajarkan pembelian aku...aku oder 2kg jer...[baik..kan?!...tengok!!! aku x degil pun ckp hubby...hehe..].



Model x berbayar...hehe..


Selambe jer aku ambik buah tu...xbg peluang org len tgk pun...hehe


Opps, lupa lak nk gtau...kat ctu dia gredkan buah2 tu kpd 4 gred...C, B, A dan Super...rega dia bermula RM 6.00, RM 7.00, RM 8.00 & RM 10.00...kat luar, jgn harap nk dpt rega camni!!! Kat ctu gak ada warung yg jual pulut+mangga & jus mangga. Memula rs mcm xleh g jer dgn pulut mangga tu...[1st time kitorang try..], tp bila dh cuba, ok jer...sedap!!!


Gred Super...RM10/kg


Emmm...sedapnya!!!

Habis hubby licinkan pinggan tu....
Yg ni 1 kotak 6kg kot?!..Klu bli yg ni leh bli 1 kotak jer sorang


Lepas tu pulak, kitorang jenjalan kat Muzium Kota Kayang... Klu dr luar rs mcm xde selera nk msuk...[rumput pun tinggi...mcm kwsn tinggal jer...] tp bila dh msuk, seronok juga...:)) Bnyk sejarah Perlis + Kedah + Siam yg ada kat ctu... Gmbr Syed Saffi pun ada!!!...hehe...[sek aku kan ke nama dia SMK Syed Saffi...baru ku tau yg empunya nama...].


Muzium Kota Kayang...


Lupa lak nk tgk Raja Syed Saffi ni raja ke berapa...huhu..


Habis mlawat muzium, kitorang merayau lak utk cari sekolah baru yg dngr katanya nk buka bln 6 nih...nk survey laa...mn laa tau nama naik utk jd group pertama menjajah sekolah tu nanti...hehe...tp malangnya xjmpa pun...huhu...


Okey...tamat xtvt ari sabtu... Ahad lak kitorang g Wang Klian...msuk Thailand jap smata2 nk mkn 'Kau Moq' & 'Somtam'...mmg x shopping apa pun...sbb niat nk mkn tu jer...:)) Blk dr Wang Klian, kitorang singgah Pej Pertanian tu lg... Wahhh, harumanis dh habis licin!!! Ksian tgk org yg dtg dr jauh2...xdpt beli kat ctu...& bila kitorang tgk gerai2 yg jual harumanis kat luar tu...kejap jer rega buah gred b jd RM 12/kg... Pndi btl diaorang tu ambk kesempatan...ek?!


Esok dh sabtu ni...plan nk g Alor Setar...nk cari gynae yg ok...tp xtau nk g gynae mana...jap lg nk survey kat cariforum...:)) Mgu dpn???....msti aku menjalani hujung minggu dlm keadaan sedih teramat2...hubby outstation ke KL dr Jumaat dpn smpi laa Khamis mgu lg satu tu...huaaaaaa (T.T)

Wednesday, March 24, 2010

Aku rindu~

Xtau laa knp mlm ni rasa mcm sayu jer...td bru buka cari.com....& terbaca psl bby yg spatutnya aku ambk tu [tp xjd ambk sbb ada sesuatu telah berlaku kepadaku...;)] dah dpt ibu baru...:(( Yg nk ambk tu org N9....mb bby tu deliver dlm mgu ni or mgu dpn.... Rasa sedih laa pulak... huaaaaa!!!! Klu x, bby tu aku punya....:(( Xpe laa...ada yg terbaik yg sedang aku tunggu & mudah2an impianku akan terlaksana pd bln 6 or 7 ni...insyaAllah. Doakan ye....

Pastu bila dh sedih2 ni, meleret2 laa pulak perasaan ni...AKU RINDU!!!!! Rindukan apa???? Macam2....

~rindukan mak!!! Last jmpa mak ms cuti CNY aritu...:(
~rindukan kaum kerabat...anak2 sedara yg dh tua2 bangka tu [kecuali apis jer muda...]...[hihihi...dh tua!!!]
~rindukan stmaa!!! [mcm x percaya jer aku akan merinduinya...(>.<)]
~rindukan kwn2 aku kat stmaa~sarah, wan, midah, su, titi, kak syidah, kak jah, kak ros & semua yg ada kat sana...even kz pun aku rindu!!!!!
~rindu nk g window shopping kat jusco...
~rindu nk makan burger king, Johnny's, Mc D...

pendekkan cerita...aku rindu sesuma!!!!! Aku nk jerit ni!!! Cpt tutup telinga!!! HUAAAAAAAARGH!!! Fuh, lega ckit...

Sunday, March 21, 2010

Perangai buruk aku yg menguntungkan aku gak!!!...

Aku rs, smua org ada perangai buruk...btl x? Ha, jgn lak nk skema kt x...AKU X PERCAYA!!! Sukati laa...nk ngaku or x...tp aku nk crita 1 perangai buruk aku ni...xtau laa perangai ni ada kat korang ke x... Aku ni suka sngt teringin kat bnda2 mknn yg aku nmpk...x kira laa dr sumber apa pun... Klu dulu...[zmn aku kecik...ms dh keje...] aku pntg tgk iklan2 baru kat tv...msti nk cuba!!! Aku x percaya [or terpengaruh kot?!] pd iklan2 yg ckp itu best...ini best...klu aku sdiri x cuba. Bila dh cuba tu, aku akan buat statement aku laa kat kwn2 s'ada btl best or x...klu x best, mmg aku akan pengaruh kwn2 spya x beli...hehe

Nk jadi cerita, selasa lepas, hubby balik keje & bercerita ttg 1 jenis air yg fofular kat penang...sarbat nama dia. Hubby bc dlm paper utusan...& tlg carikan kat utusan on9 utk aku bc. So, apa lagi...merengek2 laa aku nk minum air tu...huhu...Tu laa, sapa suruh tunjuk!!!!

Akhirnya, hubby 'terpaksa' jg bwk aku yang ngalahkan org ngidam tu mencari si 'air sarbat'. Kitorang bertolak dr rmh dlm kul 9 lbh & smpi kul 11 lbh...Dlm senarai hubby lak ada 'nasi kandar shariff' & 'nasi kandar beratur'. Nasi2 kndr tu agak fofular laa kat internet...ramai forumer kt sedap...sama sdp ngan nasi kandar line clear...Alang2 dh smpi , baik trus cari jer...Bab2 tu aku x kisah sngt...yg aku nak air tu jer...:))

Nak jd cerita, dua2 nasi kndr hubby tu x bukak...[hehehe...]. Bila tny kat org sekitar tu, rupa2nya diaorang bukak mlm jer...Hmm, melepas laa hubby...cian dia...:( So, pilihan yg ada ialah kat 'Line Clear'....:)) Pas mkn bru kitorang g minum air sarbat tu... X susah pun nk cari gerai tu...dia kat sblh Pasar Chowrasta jer...Sedap laa...hubby pun suka...x rugi pusing2 penang utk cari air tu....:)) Abang...nant nk lagi...boleh???....:))

Tuesday, February 2, 2010

Cerita aku sekarang...

Haish...kejap jer dh bln 2!!! Rasa mcm bru jer smbt tahun baru...baru jer pndh sek baru...baru jer duk tmpt baru...smuanya rs mcm 'baru' jer... Rupa2nya aku yg terlewat menyedari waktu yang berlalu...[chewah...mcm cntk jer ayat tu..hehe]..

Tahun ni aku mengajar kat sek baru...SMK Syed Saffi...[SMKSSf]...sekolah yg agak sederhana padaku...boleh dikatakan aku memasuki zon selesa laa...bak kata org cni.."hemoiii"...Smuanya ok sahaja... msuk sek kul 7.45...balik kul 2.05....miting jarang2...klu miting pun msti abis kul 3....latihan sukan pun sempoi...start kul 4.30 ptg...abis kul 5.30 ptg... [aku smpi sek kul 5.00..hehe]

Cuma masalahnya, aku x tau kul brp yg sesuai smpi sek...huhu. Aku suka g sek awal... klu kat stmaa dlu, kul 6.50~6.55 msti dh smpi sek... tp kat cni, smpi kul 7.10 pun leh jd org no 1 smpi sek...pej pun x buka lg... Slalu aku kluar rmh kul 6.55 & smpi sek kul 7.15...

Bdk2 kat cni...hish, mls nk cerita... Ckup laa ngkorang bc dlm paper2....huhu. Jgn aku pulak msuk paper lps ni sudah laa...hehe...