Sunday, February 6, 2011

'Cheat Day' AGAIN???!!!!!




Huhuhu...arini bila balik semula ke teratak hamba, hamba melihat jarum penimbang sudah ter'ke depan' satu angka. Apaaaa????!!!! Naik??? Elele, nak terkejut konon! Apa taknya...'cheat day' nya berhari2...huhuhu



Ok laa, nak senaraikan makanan2 yang dah menggugat hari2 dietku sepanjang cuti Raya Cina ni ye... Khamis aritu rmh MIL di Taiping kenduri...menunya nasi hujan panas + ayam masak merah + daging masak hitam + kerabu tauge + bubur kacang hitam.... Jumaat kat Melaka pulak...carbonara pasta + ikan masak asam pedas + sayur campur + pulut + kuah durian + ayam percik + rendang daging...





Sabtu pulak nasi ayam penyet + dadih jagung + asam pedas tetel [rumah angah] + jemput2 ikan bilis + sambal tumis [rumah nafiz] + ayam masak lepak cili padi + Chocolate Indulgence by SR [rumah qibah].... & arini punya menu bihun sup daging special [pasar tani Taiping]+ ayam masak lemak cili padi + telur dadar [rmh cik wan] + tomyam seafood [andaman seafood]...

So, korang rasa berbaloi tak naik sekilo dengan makanan selazat semua tu...hihihi