Tuesday, February 15, 2011

Mak Saya Pesan...

Mak saya pesan, setiap kali mendengar nama Nabi Muhammad S.A.W disebut, hendaklah kita yang mendengar ni menyambut dengan 'صلى الله عليه وسلم'. Masa saya kecik-kecik dulu (actually sampai sekarang ni pun...hihi), setiap apa yang mak saya pesan...saya selalu menyoal macam-macam... Contohnya kalau untuk pesanan ni, saya cakap dengan mak...'penatlah kalau macam tu, bila dengar ceramah...bukan sekali dua dia sebut nama Nabi Muhammad S.A.W tu...takkan setiap kali penceramah sebut, kita kena sambut dengan ' صلى الله عليه وسلم' ? Teruk...kan?! Tapi mak saya tak marah pun...dia cakap, kalau kita selalu berselawat, kita akan lebih dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W...

“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, daripada Abu Umamah al-Bahily: “Barangsiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)



KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala


2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah kerana Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammas S.A.W walaupun maknanya berlainan.

3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammas S.A.W walaupun maknanya berlainan.

4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat

5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat

6. Dituliskan baginya 10 kebajikan

7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammas S.A.W yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, meng hapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit

9. Mendapat syafaat
Nabi Muhammas S.A.W

10. Diampunkan dosa

11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita

12. Membolehkan dekat dengan
Nabi Muhammas S.A.W pada hari kiamat.

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)

13. Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak mampu

14. Ditunaikan segala hajat

15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala

16. Membersihkan hati dan mensucikannya

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga

18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat

19. Mendapat doa dan salam
Nabi Muhammas S.A.W

20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.

22. Menghilangkan kemiskinan

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil

24. Terlepas daripada kutukan
Nabi Muhammas S.A.W

"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk

27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala

28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)

29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar

30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat

31. Diberkati umur dan pekerjaannya

32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap
Nabi Muhammas S.A.W

34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya bertambah kasih kepada kita.

35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup

36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi
Nabi Muhammas S.A.W

37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim

38. Menunaikan sedikit hak Nabi Muhammad S.A.W dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya

40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .



Telah berkata seorang 'ulama:
"Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, lepas ni cubalah jadikan ia amalan seharian... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya...Ingat ye pesan mak saya ni...:))