Thursday, July 21, 2011

PTPTN vs Pinjaman Boleh Ubah KPM



Dulu...pertengahan tahun 2005, sewaktu aku baru mula melanjutkan pelajaran menerusi PKPG [Program Khas Pengsiswazahan Guru]...aku dan kawan-kawan dikejutkan dengan berita yang kami tidak layak mendapat PTPTN. Alasan yang diberikan...kami sudah bekerja, mempunyai gaji dan masih ada pendapatan yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan. Berita itu sebenarnya sangat 'buruk' pada kami yang mana pada waktu itu gaji kami telah dipotong separuh..[memang kalau guru-guru mahu menyambung pelajaran secara sepenuh masa, kami hanya akan dibayar separuh gaji sahaja]....ye lah, kalau gaji RM1800, gaji tinggal RM900 jer...duit banyak tu laa nak bayar duit kereta, makan, minyak kenderaan dan lain2. memang sangat seksa masa tu...

Sebulan selepas masuk belajar, kami diberitahu yang Kementerian Pelajaran bersetuju memberi pinjaman pelajaran kepada kami...idea yang dicetuskan oleh YB Dato' Razali Ismail [sekarang allahyarham]. Beliau berpendapat yang kami tak sepatutnya dibebankan dengan pinjaman dari PTPTN sedangkan Kementerian mampu memberi pinjaman yang lebih baik untuk guru-guru yang sanggup keluar dari 'zon selesa'...[seperti yang diceritakan oleh En Amidin, pensyarah PKPG di IPG Kampus Dato' Razali Ismail]...tapi pada waktu itu, apa pun yang diceritakan tidak dapat menghapuskan kekecewaan kami yang tidak dapat PTPTN. Walaubagaimanapun, lebih baik dapat pinjaman KPM daripada tak dapat langsung...kan?! Dan pinjaman itu dinamakan Pinjaman Boleh Ubah...boleh ubah ke apa???...hehe...nanti aku cerita...

Proses mengisi borang pinjaman, surat perjanjian dan macam2 lagi mengambil masa yang sangat lama....dan akhirnya pinjaman itu kami terima pada hujung semester 2. Alhamdulillah... Pinjaman tu banyak meringankan bebanan kami; pelajar-pelajar matang yang ada komitmen dengan keluarga di kampung juga...ye laa, tiap-tiap minggu perlu balik kampung...kan?! Duit Pinjaman KPM tu juga saya kongsikan dengan suami sama untuk menyambung pelajaran ke peringkat master...:))

Antara butir-butir perjanjian tu ialah; pinjaman keseluruhan sebanyak RM 15,000, diberi RM 2500 setiap semester, pinjaman itu tiada cas...pinjam RM15,000, bayar pun RM 15,000. Kalau pointer baik, peminjam cuma perlu bayar 25% jer dari pinjaman tersebut. Ini bermakna, kalau pointer baik [kalau tak silap atas 2.75 kot?!] , cuma perlu bayar RM3750 sahaja.

So, belajar pun dah selesai... dan alhamdulillah pinjaman pun dah aku selesaikan. Sekarang ni baru aku rasa sangat2 bersyukur tidak mengambil pinjaman PTPTN...yang mana setiap hari ada sahaja cerita tak enak yang saya dengar & baca...dari kawan, suami, mahupun blog2 peminjam2nya...Macam suami, bertahun-tahun dia dah habis belajar...hutang PTPTN dibayar mengikut potongan gaji...jumlahnya seolah-olah tak berkurangan pun... Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.

Sekalung terima kasih yang tak terhingga ingin saya ucapkan secara peribadinya kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail atas keprihatinannya kepada kami. Kawan-kawan, sedekahkanlah Al Fatihah kepada allahyarham....kalau tidak, kita adalah diantara peminjam PTPTN yang tak sudah-sudah dengan masalah pengurusan yang lemah...