Monday, June 27, 2011

Apam Polkadot...(^_^)


Pernah tengok tak sejenis kuih yang sangat comel macam kat atas tu...warna warni & ada dot2 kat atas dia?...Rupa dia sebijik macam telur dinosaur yang kita main kat game apa ntah nama dia...hihi. Serius comelll!!! So, bila dah teringin tu...apa lagi, sibuk laa menggugel cari maklumat untuk berkenalan...:)) Dan alhamdulillah...dah berhasil pun menelannya... Sedappp!!! Meh cuba meh..(kredit to myresepi)

Bahan-bahan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)-->tak tau knp dia nak guna telur dari fridge...dah resepi, ikut jer laa ek...
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair-->guna susu tepung bancuh pun boleh...santan pun boleh gak..
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette-->kalau tak kenal, g jer kedai & sebut bendalah ni...nanti org tu bagi ler...
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa. -->kaya pun sedap
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag & gunting hujungnya-->jangan gunting besar sangat sbb kita nak buat dot2 pun pakai ini juga... kang terbesar...tak lawa laa...
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-->setengah sahaja sebab lps ni nak masukkan filling
  5. Letakkan filling secukupnya-->kalau nak senang masukkan dalam piping bag atau plastik, kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.--> masa kukus ni, jangan buka api besar sangat...nanti apam tu merekah, hilang kecomelannya..hehe


So...caya tak?! Mudah...kan?! Bab mengadunnya memang mudah...tapi bab nak isi satu2 kat dlm bekas comel (sebab nak bagi nampak comel) tu yang menguji kesabaran dan ketekunan....:))

Versi malassss...B-)

Aku dah berkira2 dah...kalau nak buat lagi, mesti best buat kat kampung...raaaamaai assistant..hihi Sayang korang tau!!!...Muahhh~

2 comments:

eyida said...

comellnya...

Umi nyer Umar said...

muahahahhaha....ramai asisten.... jom....saya tukang tgk je