Seminggu dua ni kat sekolah aku kecoh pasal perkara ni...hampir semua guru memperkatakannya..[atau aku jer sorang perasan cikgu2 lain cakap pasal ni...huhu]....Ujian Bulan Mac atau Ujian Satu telah ditetapkan pada awal bulan Mac...sungguh awal!!! Kalau ikut takwim yang dah disusun, sepatutnya ia diadakan bermula pada 7 Mac....tetapi telah diawalkan seminggu daripada tarikh itu...so, 1 Mac dah start ujian.
Ok laa, sebenarnya pasal tarikh tu takde isu pun....tapi tiba-tiba sahaja kitorang dapat makluman yang Ujian Bulan Mac sudah ditukar kepada 'Peperiksaan Awal Tahun'...nampak macam takde apa2 kan?! Tapi sebenarnya ia sangat signifikan!...Bila dah tukar nama, maknanya content dia pun harus bertukar sama. Kalau ujian, ia lebih ringkas...tapi peperiksaan harus mengikut format yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan...harus mengikut format peperiksaan awam sebenar. Untuk pelajar form 5, soalan harus merangkumi topik-topik tingkatan empat sekali...Haru tau!!! Soalan ujian aku dah siap...ikut standard ujian laa...tapi bila dah tukar jadi peperiksaan, jadi tak siap pulak! Bukan satu paper jer...tiga tau! [hihi, sebenarnya dua subjek jer...sejarah f2 dan chemistry f5 paper 1 & 2].
Dalam kalut-kalut tu, aku rupanya dah terkeliru tarikh exam untuk budak form 2 [harap2 takde siapa kat sekolah tu tau...hihi]...mati-mati laa aku dok ingat yang budak form 2 akan ambik paper sejarah pada hari selasa depan, padahal paper sejarah tu pada 8hb nanti....dan disebabkan kekalutan aku tu jugak, penat aku bertawaf keliling sekolah mencari Guru Kanan Kemanusiaan untuk sign kertas soalan sejarah aku. Ye laa...cuba bayangkan yang korang kena buat soalan exam...arini dah Khamis...paper belum print...nak klip lagi...examnya hari selasa depan....maunya tak panik! Nak tau bila aku sedar???...baru kejap ni...hehe. Tapi alhamdulillah...kertas soalan itu sudahpun berada di pigeon hole untuk menanti giliran dicetak. Tapi sebenarnya aku berdebar jugak ni...sebab aku siap tulis note supaya soalan tu dicetak dulu sebab tarikh exam pada 1hb ni...fuhh!!!...harap-harap nota aku tu tak dibaca...
[sebenarnya aku nak cerita pasal ujian vs peperiksaan...tp bila teringat pasal tersilap tarikh tu...semua aku jadi lupa!!!...layan jer laa...(*_*)]
1 comment:
Nafiz pun, Ujian Bulanan pd 1-3 Mac 2011. Tapi kalu tgk gaye...mcm exam jer sbb siap cikgu bagi jadual.
Post a Comment