Lepas en suami aku tu pergi kerja, aku mula mengemas rumah...cuci baju....sama jer macam para isteri2 yang lain...pastu bila semuanya dah siap, mulalah aku mentenet....bukak fb, klik sana klik sini...sampailah jemu...pastu...pastu...hish, malaslah nak cerita...tak menarik rupanya...huhu
Ok laa, skip sampai aktiviti petang pulak. Balik jer dari keje, en suami cakap nak makan laksa kat kuala perlis...tapi puan isteri ni masih tak puas makan capati semalam, so puan isteri dah cadangkan kat en suami supaya makan capati dulu....& cadangan pun diterima. So, selepas solat asar, en dan puan suami isteri ni pergilah menghala ke Kodiang dengan yakinnya...tapi malang nasib en dan puan suami isteri ni sebab Pak Awang cuti gamaknya....huuuuuu....hampalah harapan puan isteri....en suami pulak terus jer meng 'u-turn' kan kereta dan menuju ke Kuala Perlis pula... Hahaha, malang bertimpa2 pulak kepada en dan puan suami isteri ni sebab gerai laksa Kak Su pun ditutup jugak!!! So, plan seterusnya...mee celup thai di D'Dapur Ibuku...& malanglah lagi sebab stall mee celup tu pun tak dibuka....(T.T). Oleh kerana dah penat memusing separuh Perlis hanya untuk makan...en suami kata, makan jer apa yang ada kat situ....& akhirnya en suami makan nasi goreng ikan masin & kerabu sotong...& puan isteri pulak sup + roti.
Balik dari makan, en suami singgah di ekspo aritu utk beli buah berangan....& puan isteri mengambil kesempatan membeli sata & otak2 yang kelihatan menyelerakan.... Sampai rumah, rupanya tak sesedap mana...huhuhu, rindu sata kat Batu Rakit dulu....

Ini otak2 en google

Ini pun gambar hasil menggoogle
Ni pulak baru jer balik dari mengambil angin di Kuala Perlis [lagi???!!!]...saja jer meronda2 melihat suasana di tepi laut tu.... Jap lagi nak tido....so, abislah aktiviti arini...hehehe.



No comments:
Post a Comment