
Ari Jumaat mgu lps, me & my hubby g tgk wayang..cerita "Wayang"... Ntah nape, hubby suka lak crita2 yg guna dialek pantai timur ni... Aku layan jer...
Crita ni berkisar ttg kehidupan si tok dalang wayang kulit yg dilakonkan oleh eman manan. Dia ada sorang anak yg x minat dgn wayang kulit ni. Pastu dia dpt 2 org anak angkat...dua2 minat kat wyg kulit tp diaorang ni cacat...yg pempuan ni sengau (tp cantik..) & yg lelaki ni pulak buta...
So, tok dalang ni ajar laa depa ni main wyg kulit...yg sengau gerakkan patung, yg lelaki jd pencerita... Last2 depa ni kawin...(biasa laa tu...msti ada citer cinta2..)
Anak tok dalang ni memula x suka ayah dia main wyg kulit...tp bila ayah dia dpt jemputan UiTM jd pengajar kat sana (dpt gaji RM5000 lg tu!)...bru la dia rasa keje ayah dia ni berfaedah... Prof Ibrahim Abu Shah pun ada kat dlm wayang tu..hehe
Actually, crita dia x ler ringkas cenggini...bnyk lg babak2 yg best...ada org jahat...ada bebudak kembar yg kelakar...ada adegan romantik2 gitew kat tpi pantai... & yg penting...inilah "Wayang Kita Wajah Kita..."
Ni lg info pasal cerita ni...
(kredit to weblog Salam Pantai Timur)
Pengarah: Prof.Hatta Azad Khan
Syarikat Penerbit: UiTM(Universiti Teknologi Mara)
Syarikat Penerbit: UiTM(Universiti Teknologi Mara)
Barisan pelakon:
Eman Manan-Dalang Awang Lah
Zul Huzaimy-Awi
Mas Muharni-Melor
Ida Nerina-Mak Cik Esah
Wan Kenari-Jusoh Angry
Anuar Idris-Pak Mail
Mazlan Tahir-Pak Ku Seman
Sinopsis:
Tok Dalang Awang Lah yang gigih meneruskan permainan wayang kulit di kampung halamannya di Kelantan kurang disenangi oleh sepupunya,Jusoh yang menganggap permainan wayang kulit adalah haram di sisi Islam.
Awang Lah memelihara dua orang anak yatim yang istimewa iaitu Awi,seorang budak yang buta dan Melor yang bersuara sengau. Apabila remaja,Awi cuba menyelitkan elemen pop dalam wayang kulit tatapi ia dibantah oleh Awang Lah kerana dia menganggap alat seperti gitar dapat mencemarkan keaslian wayang kulit.
Pada suatu hari,Awang Lah rebah ketika bermain wayang kulit. Setelah itu, Awang Lah menerima perubahan wayang kulit setelah dinasihati oleh Pak Ku Seman.
Layanzzz....



1 comment:
nanti pi tengok pulak Beverly Hills chihuaha..
Post a Comment