Tuesday, January 10, 2012

Aku & LHDN



Salam sejahtera semua. Soalan pertama aku...dah bayar cukai?...mestilah dah...kan?! Aku pun dah bayar dah tapi kisah aku dengan LHDN untuk taksiran tahun 2010 tak habis rupanya...huhu, dah bayar pun masih dihantui...diburu...[takut...kan?!]

Eh, apa lak aku mengarut ni ek?! Ok laa, aku mulakan cerita cepat2 sebelum aku mengarut dengan lebih ganas lagi... Cerita dia bermula pada minggu lepas...Kak Marini datang ke tempat aku sambil membawa sepucuk surat yang sangat lusuh, mungkin sebab kena hujan kot?! Dia pun curious nak tau surat apa sebab nampak rasmi & macam dah koyak rabak...hehe. So bila aku buka, rupanya dari LHDN...alamat dari LHDN cawangan Johor. Dia hantar 'Notis Taksiran Tahun 2010'. Aku pelik gak...tak pernah2 dapat surat tu...siap ada tulis cukai kena bayar [of course laa lebih banyak dari yang aku taksirkan sendiri melalui e-filing]...siap ada penalti lagi! Eh, peliknya aku rasa...hampir separuh bilik guru aku tayang surat tu & tanya kot2 sapa2 pernah dapat...haha, aku jer dapat sorang2...LHDN minat aku kot?!...haha

So, mula2 rasa semangat nak telefon LHDN sendiri utk tanya...kengkononnya nak kata LHDN silap laa hantar surat kat aku..ye laa, apakejadahnya dia bagi surat padahal sebelum April 2011 aku dah isi e-filing dah...dan 27 Disember aritu aku dah bayar online thru m2u...so, memang laa apakejadahnya...kan?!

Dan tadi aku pun telefon laa...baik jer staff yang layan tu. Aku pun menerangkan scara panjang lebar...macamana aku dapat surat ni...aku cerita yang aku dah isi e-filing sebelum tarikh berakhir [hujung April]...siap aku tolong kawan2 isi lagi tau!...aku jugak cakap yang aku dah bayar pada 27 Disember 2011 aritu. Bila dia tengok kat sistem, betul laa aku dah bayar...tapi kat sistem tu tulis yang aku baru isi e-filing tu pada 27 Disember...which mean yang aku memang dah lewat mentaksirkan pendapatan aku... haish...wadehel pulak aku baru isi???!!! Aku cakap, 27hb tu aku buka kat sistem untuk tengok jumlah yang aku perlu bayar sebab aku lupa kat mana aku letak form lengkap yang aku dah print...dia terima laa kenyataan aku tu, tapi dia leh cakap yang memang selalu juga orang bagi alasan macam tu...[cheh...menolak alasan aku secara hormat laa tu...huhu]. So kalau ikut cakap dia, aku kena laa membayar penalti sebanyak RM111.95 lagi... Aku cakap gak...kalau aku jumpa borang yang aku fotostat tu, leh tak aku buat rayuan takmo bayar penalti...dia kata, cuba laa hantar...tapi selalunya ditolak...adoyyy!!! Sebelum berakhir perbualan kami, sempat dia tanya..."1st time isi e-filing ke?"...aku jawab.."eh, tak laa...dah 4 tahun dah...sebelum ni clear jer, yang ni pulak ada prob"...pastu dia sempat lagi nasihat aku..."lain kali kena berhati2 masa isi e-filing ni...ramai juga bermasalah.."..[nak cakap aku pelanggan yang bermasalah jugak laa tu...]

Dan malam ni aku gigih mencari borang yang aku print aritu. Bila dah jumpa...aku boleh tepuk dahi jer laa...memang silapnya dari akupun. Kat borang yang aku print tu dia tulis 'draf' jer...maksudnya aku beriya2 isi tapi tak klik hantar...tarikh print pun takde kalau nak jadi bukti aku dah isi lama dah...cessssss...nampaknya melayanglah RM 111.95 dari akaun aku lagi. Terima kasih laa LHDN...lain kali saya akan ingat dan berhati2 semasa mengisi e-filing nanti...(T_T)

Monday, January 9, 2012

Aku Hanyut dalam Ombak Rindu...



Aduyai...apa laan ak jadi dengan aku ni ek?! Aku suka sangat lagu ni...(/_\) macamana ntah boleh tersuka...tetiba jer. Aritu aku sibuk laa mencari lagu 'Sayang-sayang' nyanyian Huda, kumpulan nasyid yang ada isteri Salih Yaakob tu sebab dah janji dengan baby Rai nak nyanyikan untuk dia.. dah abis download lagu tu, mula laa terfikir nak cari lagu apa lagi...& ini laa hasilnya...hehe

Tak tau laa...sangat menyentuh perasaan bila tiba part "Tuhan aku tahu banyak dosaku...hanya ingat Kamu kala dukaku..." malu wei bila sampai part tu...terkesima seketika... Betul...huhu, aku lebih dekat denganNya bila aku duka nestapa...susah hati... bila senang lenang, tak sama pun ingatan tu padaNya... malu sesangat!!! Memang bait2 ayat tu jer terlintas kat kepala aku...asyik nak nyanyi jer...

Ya Allah...tetapkanlah imanku...jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa dekat denganMu setiap masa Ya Allah...sepertimana aku mahu Kau sentiasa dekat denganku...Amin

p/s: tak tengok pun cerita dia sebab tak nak kecewa dengan jalan cerita yang 'kurang' dari novel...[cerita kawan2 yang dah tengok laa...]

Friday, January 6, 2012

Dan kesibukan pun bermula...

Mulai minggu ni aku makin sibuk dah...tak boleh bersenang lenang sangat dah... Rasa janggal laa nak masuk miting sekarang ni, rasa macam dah tak biasa dah...huhu. Ye laa, dua tahun aku mengajar di negeri ni, boleh dikira dengan jari tangan jer berapa kali aku terlibat dengan miting2 sekolah. Ye laa, 1st year aku di sekolah lain, 2nd year pulak di sekolah lain...so sebagai guru baru, jarang pihak sekolah nak libatkan cikgu2 baru ni dengan jawatan2 di Majlis Kuri ke...Kokum ke...HEM ke...so relax banyak ler aku. Rasa macam dapat cuti rehat 2 tahun...hehe. Tapi nampaknya tahun ni tidak lagi...cuti rehatku sudah tamat...huhu. Tahun ni aku terlibat dengan 2 majlis...HEM & Kokum...& mitingnya akan bermula pada minggu hadapan...2 ari laa jawabnya...

Habis miting Majlis, nak kena miting Jabatan pulak...miting sesaja laa sebelum dapat menikmati cuti Tahun baru Cina nanti... Eh, ni bukan sesi bersungut tau...cuma saja nak meluahkan rasa berdebar sebab dah lama tak terlibat dengan miting2 ni. Dulu masa kat STMAA tiap2 minggu ada perjumpaan guru [kat sana dipanggil Contact Time]...jangan berangan laa terlepas barang seminggu...mimpi laa... Hampir setiap hari balik lambat...dah laa sekolah jauh, datang sekolah pepagi buta sebab nak rebut parking...bila miting, sampai rumah jer dah nak kul 6. Tapi happy jer sebab member2 best jer...sekepala...so takde laa rasa terbeban sangat. Wah, sesi mengenang kembali pulak dah...hehe

Takpe laa...kalau nak gaji banyak, jangan laa susah hati dengan kerja yang banyak...kan?! So, aku berazam untuk buat yang terbaik... Yakin boleh Abib!!! Doakan saya agar sentiasa bersyukur...

Wednesday, January 4, 2012

.:Letissss....


Semenjak dua menjak sekolah dah dibuka ni, aku macam kurang energy laa...ala2 kalau ultraman tu, kejap jer lampu merah dia dah nak nyala...ataupun kalau macam game lawan2 tu, line hijau jadi makin pendek...lampu merah dah berkelip2...haa, macam tu laa aku rasa. Nak tau, malam semalam aku tido pukul berapa?...Kul 9 dah lena dah...huhu. Sama jer aku dua beranak, aku tengok Raihanna pun sama...awal lagi dah tido jugak. Apa laa nak jadi dengan aku ni ek?!...

Korang pernah tertanya2 tak...macamana Agong & Perdana Menteri kita tu tak nampak letih walaupun kena pergi banyak tempat ek?!...Pagi kat Putrajaya...tengahari kat Perak...petang kat Sarawak...malam pulak nak terbang ke Paris...contoh jer laa. Apa supplement yang dia makan ek?! Kenapa dia boleh nampak fresh jer ek?! Aku selalu tanya en bekas tunang aku...& jawapan dia, diaorang tu semua benda orang sediakan...nak pergi mana2 pun ada orang bawa...tapi aku rasa, kalau aku pun semua benda disediakan orang & pergi mana2 pun orang bawa, aku tetap letih jugak!!! Aku nak tau sangat2 laa apa supplement yang diaorang makan...huhu. Sapa tau angkat tangan...:))

Monday, January 2, 2012

Cuti Sudah Abisss....

Arini secara rasminya cuti sekolah yang kononnya panjang bebeno tu tamat! Iye...habis dah cutinya... Arini dah start mesyuarat guru kali pertama...hari penyerahan tugas untuk tahun 2012 ni... Masa mesyuarat tu tadi, banyak laa jugak kerja2 yang telah disenaraikan untuk aku...antaranya:

#guru kelas 4 EKO 1
#mengajar kimia 4Sn, sains 4 EKO 1, 4 MPV, 3E & 3 F
#ketua rumah sukan WAJA
#setiausaha Jabatan Sains & Matematik
#setiausaha papan kenyataan sekolah
#guru badan pengawas
#guru penasihat kadet polis wanita
#ajk RIMUP
#ajk KWAPM
#ajk mantap 1(?)...padahal tak ngajar f1 pun...

Apa lagi ek?!...Ntah, tu jer ingat buat masa sekarang ni... Overall, ok jer laa...takde laa yang membebankan sangat buat masa sekarang ni kecuali s/u papan kenyataan sekolah. Risau lak terlupa nak update nanti...huhu.

Oh ya, masa pergi sekolah tadi, aku terima satu parcel...remekins yang aku order dari kak Jee dah lama sampai, cuma harini baru aku berkesempatan ambik kat ofis. Gumbiraaaa!!! Dah rasmi pun kejap tadi dengan resepi "Mushroom Soup with Pastry Puff". Sori, gambau lupa nak snap sebab tak sabau2 nak mamam tadi...hehe


Gambar ihsan en google

Lepas abis meeting dalam jam 1 ptg tadi, aku terus jemput baby raihanna di nursery...& seperti yang dah aku & ayahnya jangka, dia menangis jer kat situ. Kesian kak siti kena pangku jer dia...tidur pun nak berpangku. Rai memang dah kenal orang since umur dia 4 bulan lebih lagi. Aritu kat seremban pun, dia dah tak boleh nak ditinggalkan ...so sama laa kesnya arini, dia dah kenal orang. Nasib baik laa kak siti tu dia masih kenal...ada juga kelebihan bersuara kuat macam kak siti tu ek...susah Rai nak lupa suaranya...hihi. Aku jangka, dalam minggu ni memang kak siti kena laa melayan dia lebih sikit...untuk membiasakan semula dengan situasi di nursery. Kesian anak mama....

Esok dah mula sekolah macam biasa walaupun hari sekolah sebenar ialah pada rabu ni. Untuk esok, ada perhimpunan rasmi, pendaftaran pelajar dan pengurusan kelas. Cepat siap, cepat laa balik...cepat2 pun, mesti lepas kul 12 jugak...

Ok laa...nak masuk tido dulu. Sok dah nak bangun pagi2...macam biasa laa, nak merebut parking...hihi. Assalamualaikum...(^_^)

Sunday, January 1, 2012

Mungkinkah???....

Aku tak tahu laa kenapa...start setahun dua lepas laa, sangat ketara minat aku nak ke dapur. Kalau duduk depan pc, blog2 masakan menjadi pilihan utama aku. Kalau sebelum ni...hmmm, jangan laa mengharap dapat merasa hasil air tanganku...yang aku tau, basuh tangan utk makan jer...hihihi.

Rasanya sepanjang aku meminatkan diri dengan bidang masakan, terutama baking...aku dah ada macam2 peralatan dah. Bahan-bahan nak buat kek memang sentiasa ada di rumah...tepung naik sendiri ke, yang tak naik sendiri ke...esen vanilla ke...pewarna2 makanan ke...semua ada!!! Setiap kali ada peluang ajak hubby pergi ke kedai bahan2 kek ni, sure berjam2 hubby kena tunggu...semua benda kat dalam kedai tu aku belek2... kalau dah belek tu, faham2 jer laa kan?!...mesti ada dua tiga yang masuk ke bakul...hihi. Dan yang paling buat hubby 'angin' bila aku beli set deko kek tu...alaa, nozzle2 yang ada macam2 bunga tu...sebab harga dia lebih seratus & aku cuma beli sebab minat!!! Hubby cakap, ngalahkan orang berbisnes...huhu. Tapi untuk menunjukkan kat hubby yang aku tau guna, bila buat kek, aku pun hias2 laa ikut suka... Ada lagi satu benda idaman yang belum dapat aku beli...tempat nak letak kek utk hias tu...alaa, yang boleh pusing2 tu...aritu aku tengok, harga dia pun lebih rm100...nak beli kena laa sorok2, tapi takde masa dah nak pergi kedai tu..

Haa...macam ni laa yang aku nak...hihi
Lagi satu...kan, aku dah suka menjahit tau! Kenapa...tak percaya???... Dan oleh kerana hobi baru aku ni dah datang, tentu laa banyak kelengkapan yang perlu aku sediakan...& lagi sekali buat hubby pening kepala. Aku ni jenis kalau nak, cakap laa apa pun, tak jalan dah...huhu. So, untuk merealisasikan minat aku tu, aku pun beli laa mesin jahit baru...dengan alasan, mesin jahit kepala hitam yang mak bagi tu dah tak elok sangat jahitannya...hehe. Masa baru dapat mesin tu, aku dah berjaya menunjukkan bakat menjahitku dengan menyiapkan bantal baby Raihanna...cantik tau, mak pun puji...hihi.
Brother NV50 - Machine à coudre
My NV50
Projek seterusnya nak buat apron. kain dah ada tapi projek belum berjalan. Lagi satu, aku nak try buat tudung sendiri....rasa macam boleh jer buat...kan?! Kain baru jer beli tadi kat Jakel Alor Setar....tapi bakrum tak jumpa lagi. Haish, ada jer penghalangnya...ek?!

Lagi satu, aku perasan yang aku suka minum kopi O jugak....dulu mana pernah nak minum kopi2 nih...Best pulak kalau dapat cicah dengan biskut tongkat...nikmat tak terhingga tau!

So, apa kesimpulan yang boleh dibuat dengan ketiga2 minat aku sekarang ni ek?! Mungkinkah ini menunjukkan diri aku dah bersedia untuk memasuki alam 40an????.....sendiri mau jawab laa ye...huhuhu