Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year!!!...\(*_*)/



Yeay...akhirnya hari yang dinanti telahpun tiba...apa lagi..kan?! Balik kampung laa!!! Walaupun aku tau dah ramai yang sekarang ni tengah berehat2 bersama keluarga tercinta di kampung...aku tetap gembira...(^_^)

Baju dah siap pack dah...barang2 nak bawak balik kampung pun dah siap letak kat depan...hehe. Mlm ni, lepas hubby abis miting kat kolej, kitorang akan bertolak balik...memula balik Taiping dulu sebab esok ada kenduri. Abis kenduri baru balik Melaka...yeay!!!

Doakan perjalanan kitorang selamat pergi & pulang ye...
Dan kepada kawan2 yang menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai...semoga gembira di hari raya...;)



Maher Zain - Insya'Allah (Versi Melayu) dgn lirik..(^_^)



Subhanallah...merdunya suara Maher Zain ni...kan?! Macam tak caya jer ada lagu InsyaAllah versi Melayu.. Aritu masa jumpa kat Beautifulnara, aku malas nak dengar sebab ingatkan klip merepek2 yang selalu orang buat tu...alaa, yang tukar Hitler jadi dR Rozmey laa, Hang Tuah fail SPM laa...sbb tu laa aku buat tak tau jer...tapi bila member aku Wan Azrina share kat Fb, baru aku tergerak utk dengar &...walla...bestnya lagu versi Melayu ni...

Kalau dengar betul2...especially masa hati bergelora ke...ada masalah ke...insyaAllah hati jadi tenang. Rasa macam nak nangis pun ada...memang menyentuh hingga ke hati laa.... So, dengar2lah selalu ye...(^_^)



Lirik Insya'Allah - Maher Zain [Versi Melayu]

Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang gelap
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

[chorus]
Insya'Allah Insya'Allah
Insya'Allah ada jalannya

Andainya
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

[chorus x2]

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa
Oo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

[chorus]