Saturday, January 15, 2011

Anak???...



Setiap kali aku telefon mak...mesti tak tinggal nasihat dia agar aku berusaha bersungguh2 untuk dapatkan anak...tak kisah laa cara macamana pun...tapi mmg dia sangat2 berharap aku ada anak...

Pada aku pulak???...hurm...entahlah... Aku tak pasti sama ada aku terlalu redha dengan ketentuan Allah ataupun malas berusaha..... Sapa tak nak anak...kan?! Lain laa kalau aku ni belum kawin ...takde suami...tentulah aku 'takut' kalau ada anak...huhu. Tapi aku dah kawin pun...tahun ni dah nak masuk 14 thn aku berkahwin...umur pun dah nak menjangkau ke angka 40an dah thn depan...memang orang akan rasa janggal bila tengok aku seolah2 relax jer tanpa anak sebagai penyeri rumahtangga... Kenapa????.....

Sebenarnya bukan aku tak pernah berusaha....mana jer tempat yang aku tahu, insyaAllah suami aku akan bawa...macam2 jenis perubatan dah kami cuba...yg biasa2...yg pelik2...semua dah! Perubatan Islam???.... tradisional???.....sudah. Tasik Dayang Bunting???....dah pergi dah. Umrah??...berdoa depan kaabah??...tu pun dah. Jumpa doktor pakar ntah berapa kali dah...kalau nak himpun2 modal yang keluar, rasanya dah boleh beli sebijik kereta cash kot?!

Ambil anak angkat???....pernah teringin...tapi selalu takde keyakinan diri. Macam2 yang aku fikir sebenarnya...macamana orang tu jaga kandungan...macamana budak tu boleh jadi...cara betul atau tidak.... Ye laa, kebanyakan yang nak bagi tu yang mengandung tak berbapa sah...bukan nak menghina atau geli dgn baby tu...tapi bila fikir macamana budak tu sendiri nak menghadapi situasi tu apabila dia dah besar nanti...aku terfikir yang aku sendiri tak ada kekuatan nak menempuhi bersama dia...Aku boleh cakap yang aku nak...tapi tak yakin pada diri sendiri...

Dulu aku fikir, kalaulah ada orang susah2 yang nak serahkan anak...insyaAllah aku boleh menjaganya kot?! Bukannya aku tak biasa dengan budak kecik...anak2 sedara aku kebanyakannya aku yang tolong jaga masa diaorang kecik...memang tak kekok pun dengan budak2... tapi manalah ada orang yang susah sekarang ni sampai tak mampu nak jaga anak...kan?!

Dan sekarang pula...aku dah rasa macam hati aku dah tertutup nak ambil anak angkat... kenapa??? Sebab aku dah kecewa..kot?! Ada kisah disebalik kekecewaan aku tu...[aku sentiasa berdoa supaya Allah memberi balasan yang setimpal dengan perbuatan "DIA"...silap dia bertemu dengan aku yang sukar memaafkan....]

Tak mahu mengambil anak angkat bukan bermakna aku tak mahu anak!!!...Aku sentiasa berdoa agar Allah kurniakan kami zuriat...sentiasa!!!! Aku yakin, Allah sentiasa sayangkan aku... memberi yang terbaik kepada aku & suami...dan kalau takdirnya aku akan berdua sahaja dengan suami sampai akhir hayat, aku redha...kerana aku yakin itulah yang terbaik yang Allah dah aturkan untuk kami.