Saturday, April 16, 2011

My 1st Red Velvet Cake...:(^_^)

Potong pun senget...tapi sedappp!!!

Salam sejahtera semua...

Maaf ye sebab dah lama biarkan rumah ni bersawang sikit2...fuh3x...kita tiup itu sawang...yeah!!! Bukannya apa...banyak nau benda2 yang perlu diselesaikan sepanjang tempoh berhibernate aritu... Memula sibukkan kak long kawen...alhamdulillah selamat semua dah... pastu sibuk pindah rumah...alhamdulillah jugak dah selesai... pastu lagi sibuk membebelkan orang2 TM yang tak reti2 nak sambungkan internet.....alhamdulillah slps 12 hari menunggu, dapat ler semula mentenet di rumah.

Ok laa, kita letak kat tepi dulu cerita2 tu ek... Arini rasa bersemangat nak menulis ni sebab excited sesangat nih...mesti tau kan?!...tu kat tajuk entri pun dah terang lagi bersuluh dah tu... IYE!!! saya telah terlebih rajin untuk membuat sebiji Kek Red Velvet yang asyik digembar gemburkan oleh blogger kaki memasak/baking pada masa kini nih... Apa nak buat...kan?! Bila dah terbaca sana sini...air liur mula laa meleleh leleh...huhuhu. Wahhh!!! tak sangka laa saya ni up to date gak pasal baking2 nih...hihihi.

Actually, sblm nak cuba buat ni, saya dah makan dah pun...order dr facebook... bakeri tu kat Pauh, Perlis...sebelah rumah kawan sebilik guru saya...dia laa yang suggest & dia jugak yg tolong bawakan ke sekolah...tkasih Yati...:)) Hajat hati nak order macaron sekali, tapi malangnya si pemilik bakeri tu masih berusaha keras untuk mempelajarinya... So lepas rasa barulah saya yakin untuk membuatnya...

Cupcakes order dari Pauh Indah Homemade...sedap!

Resepi yang saya ambil ni dari blog cikmin (tempat saya order macaron...hihi) dan cikmin lak ambik dari blog irma ....tapi toppingnya saya tak ikut resepi situ... Nanti saya pastekan resepinya ye...sebab memang sedap hasilnya. Terima kasih cikmin...terima kasih irma...:))

Bukti buat sendiri!!! Yg ni masa belum dibakar...

Resepi Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (saya guna tepung kek)

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk

2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

* Saya gunakan 240ml low fat milk + 1 sudu susu tepung + 1 sudu cuka epal..

Bahan C -

113 gram butter

300 gram gula kastor

2 biji telur gred A (saya guna 3 biji telur gred B)

1 tsp esen vanilla


Bahan D -

1 tsp cuka masakan (saya guna cuka epal)

1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia

227 gram mascarpone

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula ising

360 ml whipped cream

(saya guna 250g cream cheese Philadelphia, 120g butter, 120g gula castor, 50ml whipped cream & 1 tsp esen vanilla)

Cara2nya-

1. Pukul butter selama dua atau tiga minit.

2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.

3.Masukkan telur satu persatu.

4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

7. Tuangkan ke dalam loyang

8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. ( Sy guna 45m dgn suhu 180˚C)...ikut oven sendiri...:))

9. Lepas masak, biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Pukul semua bahan-bahan selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Lepas hias, masukkan ke dalam peti ais...

Cuba buat tau! Senang jer....yg penting rasanya sedap!