Sunday, May 9, 2010

Aktiviti Minggu Ini...

Kalau nak cerita aktiviti2 sepanjang minggu ni memang laa sangat tak best....ari Isnin, baru je sampai sekolah, saya telah diserang dengan sakit orang perempuan sampaikan saya dihantar ke klinik oleh kak Intan...Selasa pulak saya ber 'MC'...Rabu saya ke sekolah dengan kawalan ubat-ubatan...Khamis barulah saya bebas dari kesakitan itu...& Jumaat pula saya pergi ke temu janji MO di Arau. Tak best langsung...kan?! Tapi saya tetap bersyukur kerana apalah sangat sakit saya tu jika dibandingkan dengan nikmat berehat di rumah...nikmat diberi perhatian oleh xtunang saya [encik suami saya ye...jgn laa salah faham pulak, hehe..]...& nikmat menghargai waktu sihat saya... Serius ni!!! Saya sangat menghargai waktu2 sihat sekarang...keselesaan yang tidak boleh diganti dengan apapun harta di dunia ini...

Semalam saya ke Langkawi...hubby ajak sebab dia nak cari backpack...& saya pulak nak membeli kain batik untuk angah jadikan hadiah untuk kawan2 yang membantu dia waktu kenduri nanti... Kami bertolak dari rumah jam 7.00 pagi & naik bot jam 8.00 pagi. Tempat pertama yang kami tuju ialah Padang Matsirat...Kedai Bellisinni. Kedai tu selalu memberikan harga yang menarik untuk saya...mungkin sebab dah selalu membeli kain batik & membawa kawan2 membeli di situ...

Sasaran ke dua ialah Teow Soon Huat @ Langkawi Parade...di situ, hubby beli backpack dia... Mula2 saya pun nak juga menumpang beli beg saya, tapi malangnya [pada saya tp untung pada hubby] sbb tiada satu pun backpack yang saya berkenan...huhu.. Akhirnya saya tak membeli apa2 pun...[kesian...kan?!]

Lepas shopping, kami makan di Restoran Wan Thai...macam semua dah sedia maklum, makanan di situ semuanya sedap2 belaka...[sori ek, gmbr lum upload...ada rasa malas sikit]...so kalau sapa2 pergi langkawi & nak rasa masakan sebenar Thai, saya sangat mengesyorkan untuk makan di situ.

Untuk menghabiskan masa yang ada, kami bersantai2 di Taman Burung. Seronok sungguh berada di situ...melihat telatah2 burung2 serta haiwan2 lain. Di pintu masuk ada dijual makanan2 haiwan tetapi saya tak beli pun sebab ramai sangat dah beli...[logik tak alasan saya??...logik..kan?!]. Jadi, untuk memberi burung2 tu makan, saya ambil sahaja kuaci & raisins yang burung2 tu tak nak makan [mungkin sebab dah kenyang sangat kot?!] & bagi kepada haiwan2 lain. Dengan cara ini, tiada pembaziran berlaku...hehe.

Destinasi seterusnya ialah Langkawi Fair...tujuan utama adalah untuk mencari backpack saya pula + sandal baru...tetapi malangnya di situ pun tiada satu yang saya berkenan... so kami pun terus merehat2kan diri di McD sambil makan + minum. Lepas tu barulah kami ke HIG [Hj Ismail Group] untuk membeli stok coklat....

Kami pulang ke Perlis dengan menaiki bot jam 7.00 petang dan sampai di rumah pada jam 8.30 malam.

Harini pula, selepas solat subuh, kami terus keluar rumah untuk melakukan aktiviti riadah di padang matrik... Selepas letih bermain tenis...[bukan main sngt pun, penat mengutip bola jer...:((], kami pun pergi bersarapan di Beseri. Kami singgah di Tasik Melati...tak sangka pulak ada aktiviti/pameran sempena hari jadi sultan. Masa kami sampai tu, ada pertandingan akhir nyanyian lagu patriotik kot?! Kami layan jer laa~ Pameran2 yang ada...macam biasa laa, pameran gambar2 kemalangan oleh polis...dadah2 oleh ADK, 1Malaysia oleh Jabatan Penerangan dll.

Selepas agak bosan di situ, kami bergerak ke Kangar pulak untuk melihat2 gerai2 jualan di Karnival Jom Pi Perlis. Banyak juga gerai2 yang ada. Kami beli sorang sebuah buku....tu jer. Yang lain2, macam ada juga yang minat tapi nak tunggu malam akhir kot?! [strategi pengguna bijak...kui3x]. Aktiviti tengahari kami diakhiri dengan sesi makan tengahari di Anjung Keli....pastu terus balik sebab dah penat.

Masa balik tengahari tadi, sudah agak ramai juga ibu bapa yang sampai ke kolej matrik untuk menghantar anak2 mereka mendaftar esok. Saya telah diminta untuk ke sekolah pada jam 6.30 pagi esok kerana dijangkakan kawasan matrik akan jadi sesak sangat2 menjelang jam 7.00 pagi...tapi rasanya saya tetap mahu pergi seperti biasa...hehe. Kalau jem, saya pusing balik rumah saja...boleh???...:))